Pages

Thursday, May 31, 2012

x percaya, tapi sedang berlaku...

hari ini, usai makan tengah hari, aku menelefon ibuku yang berada di kampung. sesuatu di luar jangkaan apabila kami berbual tentang "mendirikan masjid". aku seperti tidak percaya. aku berkata pada ibuku, "malas la sekarang ni, biar lah dahulu.nanti2 ja lah.klu ada, ada la tu." ibuku seperti tidak bersetuju dengan kata2ku yang baru aku bicarakan dan ibuku terus berkata padaku " kalau dah ada terus ikat la".aku masih gelak, tidak tahu apa yang lucunya.tapi seperti hari2 sebelum ini, apabila aku hendak memberitahu kepada ibuku, aku mesti gelak2, ntah la..hahaha...kan ketawa aku d sini. sebelum ini, ada gerangan yang datang dan berjumpa keluargaku, untuk pertama kalinya dan kali kedua dia membawa keluarganya. semasa itu, aku tidak ada di rumah.memandangkan aku bertugas sebelah petang, sukar bagi aku untuk berkejar balik ke kampung pagi pagi hari tersebut.aku hanya bertanya pada ibuku dan dia untuk mengetahui apa yang berlaku sepanjang perbincangan tersebut. genap sebulan kami tidak berkomunikasi. aku seperti digantung tanpa tali. aku tau yang kami tidak mempunyai hubungan seperti pasangan lain. aku sudah gtau dia awal2, yang aku dah serik couple, dan klu bleh aku x nak dah couple. klu betul2 nak, kena jumpa family aku dahulu untuk minta kebenaran. dan dia sudah mendapat kebenaran daripada kedua ibubapaku. sepertinya aku tidak percaya di umur sebegini, ibubapaku mudah untuk melepaskan aku untuk mendirikan rumahtangga.mungkin sudah tiba masanya kot. aku masih mencari jawapan kesepian n kesenyapan dia. aku masih menunggu mesej dan panggilan daripanya. aku masih menunggu dalam masa yang sama, aku nak bersangka baik sahaja. walaupun kadang2, terdetik juga prasangka buruk terhadap perbuatan dia yang mendiamkan dirinya sedemikian rupa. tidak dinafikan aku masih mengharap dia kerana dialah orang yang pertama jumpa family aku tanpa rasa takut dan dia memberitahu kemahuan dia untuk berkenalan denganku... YA ALLAH, jika dia oraang yang tepat bagiku sebagai imamku, pembimbingku, pendampingku, pendorongku, penasihatku di kala senang dan susah, satukanlah kami dengan ikatan yang sah.amin....

No comments:

Post a Comment